HONESTY IS THE BEST POLICY

English

No other episode in recent times has underscored the significance of that ancient adage cherished in all cultures, religions and civilizations — HONESTY IS THE BEST POLICY — than the deposition of 2.6 billion ringgit into the personal bank account of Dato Sri Mohd Najib by a donor from the Middle East.

When the existence of this huge quantum of money in Mohd Najib’s personal account was first exposed by a foreign newspaper in early July 2015, he should have told the world the whole truth about the donation. He should have been honest and open with his people. Though it was his personal account, the donation was being made to an individual who is the Prime Minister of a sovereign, independent nation. That fact alone raises a number of critical moral issues.

One, did Prime Minister Najib inform others about the donation? Did he inform his wife and family, his colleagues in the Cabinet, in the UMNO-Barisan Nasional leadership, about receiving such a large sum of money from the Middle East? Was Bank Negara privy to this transaction? Was the Ministry of Finance aware of this? Was the information shared with the Inland Revenue Board (LHDN) and did the LHDN impose a tax upon the recipient?

Two, since the Prime Minister has said that the money was not used for “personal gain”, who  actually benefitted from it? Was it used for the 13th General Election, given that the money was transferred into his account a few weeks before the Election? Or was it used for purposes of charity and for humanitarian causes?  Or did people close to the Najib — as it is alleged in certain quarters — use part of the bounty for their own private interests?

Three, it is equally pertinent to ask, why did the donor — a foreigner — make the donation?  Was it a mark of his friendship with Najib? Or, was there some other motive behind it, related to bilateral ties, or foreign policy, or the economy?

The Prime Minster should reveal everything in a formal statement to the people. Malaysian citizens have a right to know. It was foreign money transferred into the bank account of their Prime Minister.

A public statement will also make it easier for both the Prime Minister and the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) when the latter questions the former about the money in his account . In this regard, the MACC should continue to probe the deposition of 2.6 billion ringgit into the Prime Minister’s bank account and to investigate the 4 billion ringgit involving SRC International, 1MDB’s former subsidiary.  The MACC should be commended and supported by all Malaysians who value integrity and honesty in public life for trying its very best to carry out its responsibilities in an increasingly difficult situation. This is what Amanah ( fulfilling trust) is all about.  It is a shame that so far seven individuals associated with the MACC have been detained by the police and their statements recorded. MACC offices have been raided. Important documents have been removed. The MACC’s Chief Commissioner, Tan Sri Abu Kassim Mohamed is on leave. The Acting Chief Commissioner, Datuk Mustafar Ali, has said that police investigations on some of MACC’s personnel in relation to the alleged leakage of classified documents could affect its probe on SRC International.

The police should realize that it is not those who reveal wrongdoings who are a threat to national security but those who commit wrongdoings and then go all out to undermine any attempt to establish the truth and to punish the culprits.

Image source: funkyenglish.com

Bahasa Malaysia

Tiada episod lain ketika ini yang dapat menyerlahkan kepentingan pepatah silam yang merentasi pelbagai budaya, agama dan peradaban iaitu – Honesty is the best policy – “Kejujuran adalah dasar terbaik” selain dari episod sejumlah RM 2.6 billion telah dimasukkan secara terus ke akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Abdul Razak oleh seorang penderma dari Timur Tengah.

Sebaik sahaja berita kewujudan nilai wang yang begitu besar dalam akaun peribadi Najib didedahkan  untuk kali pertamanya oleh media luar negara pada awal Julai 2015, beliau sepatutnya memaklumkan kepada dunia hakikat yang sebenarnya sekiranya betul wang tersebut merupakan derma. Beliau sewajarnya bersikap jujur dan terbuka dengan rakyat beliau. Walaupun wang tersebut adalah derma secara terus ke dalam akaun bank peribadi namun derma ini melibatkan individu yang merupakan Perdana Menteri dalam sebuah negara berdaulat dan merdeka. Fakta ini sendiri secara langsung membangkitkan pelbagai persoalan kritikal tentang isu-isu moral.

Pertamanya, adakah Najib memaklumkan kepada orang lain tentang derma ini? Sudahkah beliau memberitahu isteri dan keluarga beliau, rakan-rakan dalam Jemaah Kabinet, ataupun dalam kepimpinan Umno-Barisan Nasional tentang hal penerimaan sejumlah wang yang besar dari Timur Tengah? Adakah Bank Negara mengetahui transaksi ini? Adakah Kementerian Kewangan sedar tentang perkara tersebut? Adakah maklumat tersebut dirujuk dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan apakah cukai dikenakan ke atas si penerima?

Keduanya, memandangkan Perdana Menteri telah menyatakan wang tersebut tidak digunakan untuk “kepentingan peribadi,” siapakah gerangan yang mendapat faedah dari wang tersebut? Adakah ia digunakan untuk Pilihanraya Umum 2013 berdasarkan fakta wang tersebut telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi beliau beberapa minggu sebelum Pilihanraya? Atau adakah ia digunakan untuk tujuan kebajikan ataupun atas tujuan kemanusiaan? Atau kemungkinan adakah kenalan rapat Najib – seperti dalam tuduhan oleh sesetengah kelompok – menggunakan pemberian ‘ghanimah’ ini bagi memenuhi keperluan-keperluan peribadi mereka?

Ketiganya, satu pertanyaan yang sangat mustahak untuk dikemukakan, mengapakah penderma – seorang warga asing –  memberi ‘derma’ tersebut? Adakah ia menandakan persahabatan akrab antara penderma dengan Najib? Ataupun adakah terdapat motif-motif lain dibelakangnya yang berkait dengan hubungan dua hala kedua buah negara, atau dasar luar negara mahupun perihal ekonomi negara?

Perdana Menteri sewajarnya memperjelaskan semua perkara ini dalam kenyataan rasmi kepada semua rakyat beliau. Rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui hal yang sebenar. Ini kerana ia melibatkan sejumlah wang dari luar negara yang dimasukkan secara langsung ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri mereka.

Kenyataan rasmi ini akan memudahkan kedua-dua pihak iaitu Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bilamana SPRM menyoal Perdana Menteri nanti tentang kewujudan sejumlah wang dalam akaun peribadi beliau. Dalam hal ini, SPRM sepatutnya menerus penyiasatan terhadap kemasukan RM 2.6 billion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri disamping menyiasat tentang sejumlah RM 4 billion yang melibatkan bekas syarikat 1MDB, SRC International.  Sehubungan dengan ini, SPRM perlu dipuji dan disokong oleh seluruh rakyat Malaysia yang menghargai nilai integriti dan kejujuran dalam kehidupan awam tentang kesungguhan SPRM untuk mencuba sebaik mungkin  menjalankan tanggungjawab dalam situasi sukar sebegini.
Inilah semua yang dikatakan tentang amanah atau menunaikan tanggungjawab. Ia merupakan suatu yang memalukan kerana setakat ini seramai tujuh individu dari SPRM telah ditahan oleh pihak polis dan diambil kenyataan mereka. Selain itu pejabat SPRM juga telah diserbu dan digeledah dan dokumen penting pula telah dirampas. Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed pula sedang mengambil cuti.

Pemangku Ketua Suruhanjaya, Datuk Mustafar Ali telah memaklumkan bahawa penyiasatan oleh pihak polis membabitkan kakitangan SPRM berhubung dengan tuduhan berlaku pendedahan dokumen sulit telah memberi kesan kepada siasatan ke atas SRC International.
Pihak Polis seharusnya menyedari bahawa bukannya pihak yang mendedahkan perbuatan yang salah yang menjadi ancaman kepada keselamatan negara akan tetapi mereka yang terbabit melakukan kesalahan tersebut dan kemudiannya bertindak habis-habisan untuk menghalang sebarang usaha bagi mendedahkan kebenaran sekaligus menghalang penghakiman terhadap pembuat kesalahan tersebut yang menjadi ancaman sebenar kepada keselamatan negara.

 

 

Recent Posts