PRIME MINISTERS AND THE PHENOMENON OF POWER

English

Given the situation in the country today, it would be useful for us to reflect on how Malaysian Prime Ministers have related to power. The attitude towards power is at the crux of some of the controversies that confront our nation at this point in time.

It is not widely known that our first Prime Minister, Tunku Abdul Rahman, stepped down as Prime Minister for three months in 1959 in order to strengthen his party, the Alliance, for the Federal Election after it had lost two states, Kelantan and Terengganu, in the State Elections which at that time were held before the Federal contest. Giving up power in this manner which was extraordinary by any standard showed that the privilege of position was not central to his life. Tunku stated openly that it would be wrong of him to take his salary as Prime Minister when he would be concentrating upon party work. A few years later, in the wake of the Alliance’s electoral setbacks in the 1969 General Election, and amidst  growing criticism of his leadership, the Tunku decided that he would  relinquish his position as Prime Minister and President of UMNO, the mainstay of the ruling Alliance. He chose not to cling on to power.

The Tunku’s successor, Tun Abdul Razak, exercised enormous power for a while as Director of the National Operations Council (NOC), established to restore law and order following the May 13th riot. Instead of perpetuating NOC rule — which he could have — Razak and other key leaders brought back parliamentary democracy. Razak preferred the limitations of democratic governance to the unfettered power of absolute authority.

The third Prime Minister, Tun Hussein Onn, led the country for a little more than five years and had to quit because of ill-health. His graceful exit won the accolades of the people.

Unlike his three predecessors, Tun Dr. Mahathir Mohamad, had a stronger attachment to power. He was Prime Minister for 22 years but even in his case he gave up his position voluntarily. It was a smooth transition to Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah served only for five years and four months. The ruling Barisan Nasional’s failure to retain its two-third majority in the Federal Parliament and its defeat in five states made it difficult for Abdullah to continue as Prime Minister. He therefore chose to leave high office with dignity.

While in power, he created more space for dissent facilitated no doubt by the new media. Dissent in a democracy is the interrogation of power. His successor, Dato Sri Mohd Najib instituted specific democratic reforms through a Freedom of Assembly Act and by making some changes to the Printing and Publications Act and the University and University Colleges Act. Most of all, he did what none of his predecessors dared to do. He abolished the Internal Security Act (ISA) with its provision for detention without trial and the various Emergency Proclamations in September 2011.By doing so, he removed from the arsenal of the Executive some of its most powerful tools for dominance and control of society. Najib had subordinated power to principle.

And yet in the last few months in the face of major controversies related to integrity and honesty, Najib has given the impression that he is determined to hold on to power come what may. Instead of facilitating and expediting investigations into 1MDB, he removed his two Cabinet colleagues — Deputy Prime Minister, Tan Sri Mahyuddin Yassin and Minister Dato Seri Shafie Apdal —   who were most vocal in demanding that the Cabinet fulfill its promise of ensuring that the truth about 1MDB be made known to the public. Najib and his allies have also stymied the work of various agencies entrusted with the task of uncovering the operations of the state-owned company by easing out former Attorney-General Tan Sri Gani Patail; transferring out and intimidating officials of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC); investigating Bank Negara personnel; and emasculating Parliament’s Public Accounts Committee by incorporating four of its members into the Executive branch of Government. What has angered and incensed a significant segment of the public even more is Najib’s utter inability to provide an honest explanation for the 2.6 billion ringgit deposited into his personal bank account in 2013. Some of the ludicrous attempts by the Prime Minister’s friends to justify the huge amount in his account as a donation that has been utilized for UMNO and the BN and other good causes have done immense damage to his credibility.

Indeed, Najib’s credibility is at its nadir. Public confidence in him has sunk to a low level. There is a yawning trust deficit between him and the people.

To restore the people’s trust he should:-

  • Be honest and open about both 1MDB — he is the Chairman of its Board of Advisers — and the money in his account. A few of us have made this call a number of times.
  • Publicly encourage the Auditor-General to complete his investigations as soon as possible and not wait till December.
  • Enable the PAC to resume its work immediately by completing the necessary processes without any delay.
  • Give full support to conscientious officers in the MACC to complete their investigations without fear or favor.
  • Publicly declare that since Bank Negara has submitted the results of its investigation to the Attorney-General and expects the AG to enforce its recommendations, the AG should act expeditiously. The AG should also act with courage on the recommendations of the MACC and the PAC when the time comes.

If the Prime Minister does not act in the interest of truth and integrity and the situation deteriorates further with all its consequences for the economy and politics, the calls for him to resign which are getting louder and louder will reach a crescendo soon.

Image source: ww.liveyourmark.com

Bahasa Malaysia

Melihat pada keadaan yang berlaku di negara kita sekarang, adalah penting sekiranya kita lihat semula kuasa yang berkaitan dengan Perdana Menteri Malaysia. Ini kerana sikap terhadap kuasa ini adalah perkara utama dalam kontroversi yang melanda negara kita pada masa ini.

Tidak ramai yang tahu bahawa Perdana Menteri pertama kita, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, berundur daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri untuk tempoh tiga bulan pada 1959 kerana ingin memperkukuhkan partinya, iaitu Perikatan, sebagai persediaan menghadapi Pilihanraya Persekutuan selepas parti berkenaan tewas di dua negeri, Kelantan dan Terengganu, dalam Pilihanraya Negeri yang ketika itu diadakan sebelum pilihan raya di peringkat pusat.

Kesediaan Tunku untuk berundur adalah satu tindakan luar biasa dan ia menunjukkan bahawa beliau tidak mementingkan kedudukannya. Tunku menegaskan bahawa adalah salah baginya untuk terus menerima ganjaran sebagai Perdana Menteri ketika sedang memberi tumpuan kepada tugas-tugas parti. Beberapa tahun kemudian, berikutan kekalahan Perikatan dalam Pilihanraya Umum 1969, yang diikuti dengan kritikan yang semakin memuncak berhubung kepimpinannya, Tunku memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, parti utama dalam Perikatan. Beliau memilih untuk tidak terus memegang pada kuasa.

Pengganti Tunku, Tun Abdul Razak, berkuasa penuh selaku Pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), yang ditubuhkan untuk memulihkan keadaan berikutan rusuhan kaum 13 Mei. Tanpa meneruskan kuasa di bawah pemerintahan MAGERAN – di mana beliau boleh lakukan – Razak dan pemimpin lain berjaya memulihkan pemerintahan demokrasi berparlimen. Ternyata bahawa Razak lebih cenderung kepada kuasa demokratik walaupun kuasa itu lebih terhad  berbanding dengan kuasa besar di bawah pemerintahan mutlak.

Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn, memerintah selama lebih lima tahun dan terpaksa berundur berikutan masalah kesihatan. Kesediaannya untuk berundur difahami dan disanjungi oleh rakyat.

Berbanding Perdana Menteri sebelumnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad, bagaimanapun memerintah lebih lama. Beliau menjadi Perdana Menteri untuk tempoh selama 22 tahun, namun beliau juga melepaskan jawatannya dengan rela hati. Penyerahan kuasa kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dilakukan dengan lancar.

Abdullah berkhidmat hanya selama lima tahun, empat bulan. Kegagalan Barisan Nasional yang memerintah untuk mengekalkan majoriti di Parlimen dan kekalahan di lima negeri menyebabkan agak sukar bagi Abdullah meneruskan pemerintahan sebagai Perdana Menteri. Lalu beliau memilih untuk melepaskan jawatan yang tertinggi itu dengan cara yang terhormat. Ketika berkuasa, beliau mewujudkan lebih banyak ruang untuk rakyat menyuarakan perbezaan pendapat dan ini dipermudahkan oleh media baru. Dalam demokrasi, perbezaan pendapat sememangnya dibenarkan.

Penggantinya, Datuk Seri Najib Razak melakukan beberapa reformasi demokrasi menerusi Akta Perhimpunan Aman dan meminda Akta Penerbitan dan Percetakan serta Akta Universiti Kolej Universiti. Beliau juga melakukan apa yang perdana menteri sebelumnya tidak berani melakukan. Beliau memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan peruntukan untuk menahan tanpa perbicaraan dan beberapa peruntukan Darurat yang lain pada September 2011. Dengan melakukannya, beliau mengurangkan kuasa eksekutif untuk mendominasi dan mengawal rakyat. Najib dilihat sebagai bertindak untuk mengurangkan kuasa besar yang ada padanya.

Namun dalam tempoh beberapa bulan yang lepas berikutan kontroversi besar yang berkaitan integriti dan kejujuran, Najib mempamerkan sikap bahawa beliau akan terus memegang kuasa yang ada padanya tidak kira apa yang berlaku.

Ketika beliau sepatutnya memudahkan usaha serta mempercepatkan penyiasatan mengenai 1MDB, sebaliknya beliau menggugurkan dua rakan Kabinetnya – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi menteri, Datuk Seri Shafie Apdal – berikutan suara mereka yang paling kuat  dalam menuntut Kabinet menunaikan janji untuk mendedahkan kepada umum cerita sebenar mengenai 1MDB.

Najib dan penyokongnya juga menganggu tugas beberapa agensi yang diamanahkan untuk mendedahkan operasi syarikat milik kerajaan itu, dengan memecat bekas Peguam Negara Tan Sri Gani Patail; memindahkan dan mengancam pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); menyiasat kakitangan Bank Negara; dan melumpuhkan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) dengan melantik empat daripada anggotanya sebagai menteri dan timbalan menteri.

Apa yang lebih menimbulkan kemarahan sebahagian besar rakyat adalah ketidakmampuannya untuk memberi penjelasan sejujur mungkin mengenai wang tunai berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya pada 2013.  Beberapa cubaan lucu oleh rakan-rakan Perdana Menteri bagi mewajarkan kemasukan jumlah sebesar itu ke akaunnya sebagai derma yang digunakan untuk UMNO dan BN atau sebagai penghargaan terhadap dasar-dasar kerajaan Malaysia daripada keluarga kaya tertentu di negara Arab telah menyebabkan kredibilitinya terjejas.

Ternyata bahawa kredibiliti Najib kini semakin tercalar. Keyakinan rakyat terhadapnya sudah sampai ke tahap paling rendah. Terdapat jurang keyakinan yang besar di antara beliau dan orang ramai.

Justeru, bagi memulihkan keyakinan rakyat beliau sepatutnya:

  • Bersikap jujur dan terbuka mengenai kedua-dua 1MDB – di mana beliau menjadi Pengerusi Lembaga Penasihatnya – dan wang yang berada di dalam akaunnya. Sebilangan orang sudah pun membuat gesaan ini beberapa kali.
  • Menyeru dengan secara terbuka agar Ketua Audit Negara menyelesaikan penyiasatan secepat mungkin dan tidak menunggu sehingga Disember.
  • Membolehkan PAC meneruskan tugasnya dengan serta-merta dengan mengisikan kekosongan dalam jawatankuasa itu tanpa berlengah lagi.
  • Memberi sokongan sepenuhnya kepada pegawai SPRM dalam menyiapkan siasatan tanpa takut atau menyebelahi mana-mana pihak.
  • Mengisytiharkan dengan terbuka bahawa memandangkan Bank Negara telah menyerahkan hasil penyiasatannya kepada Peguam Negara dan berharap agar beliau bertindak ke atas perakuannya, Peguam Negara hendaklah bertindak dengan kadar segera. Peguam Negara hendaklah juga bertindak dengan berani berdasarkan perakuan SPRM dan PAC apabila tiba masanya.

Sekiranya Perdana Menteri tidak bertindak secara jujur dan berintegriti dan keadaan menjadi semakin teruk dengan kesan yang melanda ekonomi dan politik, gesaan agar beliau meletakkan jawatan yang kini pun sudah semakin kuat didengar dijangka menjadi bertambah kuat lagi tidak lama lagi.

 

Recent Posts