New Year 2016

English

As we bade farewell to a traumatic and disaster-ridden 2015, we welcome 2016 which will be another even more challenging year for all.

A new year brings with it new resolutions, new hopes and new aspirations and obviously different people have different resolutions.

To the 1 Malaysia Foundation, if there is one new year resolution which should be pursued, it is the need for all Malaysians to resolve and stand firm for diversity and moderation as a way towards reducing conflict and building a strong foundation of unity for the future in our multi-racial nation.

Moderation is vital for unity, peace and harmony and our Foundation wishes to applaud the Star Publication’s initiative to launch the “Brave Views, Bold Ideas” Campaign which emphasises the role of the media to encourage Malaysians to stand up for moderation.

Multiracial living and community are part of our history and heritage. They have become an important source of racial integration for many years and have certainly played a part in making Malaysia a harmonious place to live, learn, work and play.

Social cohesion and unity are priceless gift, that must be preserved and cherished by all Malaysians in a multi-racial country like Malaysia.

To me achieving unity among the diverse races, religions and cultures is the Nation’s biggest challenge – the challenge that is key to our very survival.

Racial and religious polarisation are the biggest obstacle to social cohesion and national unity and it should be the responsibility of all Malaysians to reject such polarisation in whatever form for the sake of racial and religious harmony as well as unity.

In this regard policy makers, planners and implementers have to be committed to the principle that their thoughts and deeds would always be guided by moderation and governed by the aims and objectives of the Rukunegara and the sacrosanctity of the Federal Constitution.

Looking at the present scenario today, our Nation, particularly in Peninsular Malaysia, appears to be more and more polarised along the lines of race and religion despite having achieved five decades of independence.

The spirit of neighbourliness, mutual respect and trust based on sharing and respecting each other regardless of social, economic and religious backgrounds that we experienced in the 70s till the late 90s appear to be diminishing day by day.

Crime, social issues, education, politics etc are often infused with the element of race and religion, followed by the articulation of extreme and insensitive remarks by several quarters without due regard to the sensitivities and respect of one another’s race and religion. Even a simple consumer dispute can be turned into a racial issue.

With this in view, urgent and concrete steps have to be taken to address the various fundamental issues besetting our nation.

In this connection the Government needs to expedite the implementation of the National Unity Blueprint which contained 16 recommendations proposed by the National Unity Consultative Council which are vitally needed to achieve unity.

The immediate and most urgent task for all Malaysians today is to stand up and be counted to check the surge of racism, extremism and religious bigotry.

For those who persist in making incendiary statements and instigate racial and religious tension action should be taken against them without fear or favour and help restore public confidence in the process.

The immediate task of all political leaders and all strata of society is to stop the drift towards racial and religious polarization. The Government has to play a key role in this regard by ensuring that it gives substance and meaning to its oft-repeated pledge to initiate and implement policies fair to all races.

The process of achieving unity must begin in our schools and educational institutions and students must be prepared to integrate beginning from a young age with the help of the teachers.

Children who are young can be moulded into not looking at things through race-coloured lenses.

We need to be able to put our children together and let them grow up together. In play and in the classrooms our children must be able to know, understand and appreciate their fellow citizens of different skin colours. The earlier the better. They will soon need to build this nation together.

The most urgent task for all patriotic Malaysians, irrespective of race, religion and political affiliation is to ensure racial and religious harmony and reject all forms of extremism which can undermine inter-racial and inter-religious peace and harmony and destroy our social fabric.

Image source: movinshoesmadison.com

Bahasa Malaysia

Semasa kita mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2015 yang penuh dengan trauma dan bencana, kita juga menyambut tahun 2016 di mana merupakan tahun yang lebih mencabar kepada semua.

Tahun baru memberi resolusi baru, harapan baru dan aspirasi baru namun jelas setiap orang mempunyai resolusi yang berbeza.

Pada Yayasan 1Malaysia, jika terdapat satu azam baru yang perlu diteruskan ia adalah memerlukan semua rakyat Malaysia berdiri teguh demi kepelbagaian dan kesederhanaan sebagai satu cara untuk mengurangkan konflik dan membina asas perpaduan yang kukuh untuk masa depan negara yang berbilang kaum.

Kesederhanaan adalah penting untuk perpaduan, keamanan dan keharmonian. Yayasan 1 Malaysia ingin memuji inisiatif Penerbitan Star yang melancarkan Kempen “Brave Views, Bold Ideas” yang menekankan peranan media dalam menggalakkan rakyat Malaysia untuk mempertahankan kesederhanaan.

Hidup berbilang kaum dan masyarakat adalah sebahagian daripada sejarah dan warisan kita. Ia telah menjadi sumber penting dalam integrasi kaum selama ini dan sudah pasti memainkan peranan dalam menjadikan Malaysia sebuah tempat yang harmoni untuk hidup, belajar, bekerja dan bermain.

Kohesi sosial dan perpaduan adalah sebuah hadiah yang tidak ternilai dan perlu dipelihara serta dihargai oleh semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum.

Bagi saya, mencapai perpaduan di kalangan pelbagai kaum, agama dan budaya adalah cabaran terbesar di negara ini iaitu cabaran yang merupakan kunci kehidupan kita.

Polarisasi kaum dan agama adalah halangan terbesar kepada kohesi sosial dan perpaduan negara. Ia adalah tanggungjawab semua rakyat Malaysia untuk menolak polarisasi ini dalam apa jua bentuk demi keharmonian dan perpaduan kaum dan agama.

Berhubung dengan penggubal polisi pula, perancang dan pelaksana perlu komited kepada prinsip bahawa pemikiran dan tindakan mereka perlu sentiasa dipandu oleh kesederhanaan dan tertakluk kepada tujuan dan matlamat Rukunegara dan Perlembagaan Persekutuan.

Melihat kepada senario hari ini di negara kita khususnya di Semenanjung Malaysia, polarisasi di sepanjang garis perkauman dan agama semakin banyak walaupun kita telah mencapai lima dekad kemerdekaan.

Semangat kejiranan, saling menghormati dan kepercayaan berdasarkan perkongsian dan menghormati antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang sosial, ekonomi dan agama yang kita lalui sekitar tahun 70-an hingga lewat 90-an semakin kurang berlaku demi hari.

Jenayah, isu isu sosial, pendidikan, politik dan lain lain sering diselitkan dengan unsur bangsa dan agama diikuti dengan kenyataan yang ketara dan melampau oleh beberapa pihak tanpa mengambil kira sensitiviti bangsa dan agama orang lain. Malah, pertikaian pengguna yang begitu remeh juga boleh bertukar menjadi isu perkauman.

Sehubungan itu, langkah langkah segera dan konkrit perlu diambil untuk menangani pelbagai isu isu asas yang sedang melanda negara kita.

Oleh itu, kerajaan perlu mempercepatkan pelaksanaan Pelan Tindakan Perpaduan Negara yang mengandungi 16 syor yang dicadangkan oleh Majlis Perundingan Perpaduan Negara yang amat diperlukan untuk mencapai perpaduan.

Tugas yang paling penting bagi semua rakyat Malaysia hari ini adalah berdiri dan memastikan lonjakan perkauman, pelampau dan ketaksuban agama ditolak.

Bagi mereka yang masih terus membuat kenyataan bersifat hasutan dan menghasut ketegangan kaum dan agama, tindakan tegas perlu diambil tanpa rasa takut atau pilih kasih bagi membantu memulihkan keyakinan orang ramai dalam proses ini.

Tugas pemimpin politik dan semua lapisan masyarakat adalah menghentikan semua perkara yang menyumbang kepada polarisasi kaum dan agama. Kerajaan perlu memainkan peranan utama dalam perkara ini dengan memastikan pelaksanaan dasar-dasar yang adil kepada semua kaum.

Proses mencapai perpaduan mesti bermula di sekolah dan institusi pendidikan. Pelajar pelajar perlu diintegrasikan dari awal usia muda dengan bantuan guru-guru.

Kanak-kanak yang masih muda boleh dibentuk agar melihat perkara tanpa melihat warna kulit seseorang.

Kita perlu mampu menggabungkan anak-anak kita bersama-sama dan membiarkan mereka membesar bersama-sama. Di dalam dan luar kelas, anak-anak kita mesti tahu, faham dan menghargai sesama rakyat yang berbeza ini. Lebih awal lebih baik. Mereka inilah yang akan membina negara ini bersama-sama pada masa depan.

Tugas semua rakyat Malaysia yang patriotik tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama serta menolak sebarang bentuk ekstremis yang boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian antara kaum dan agama.

Recent Posts