RUKUNEGARA AS THE PREAMBLE

English

The Rukunegara should be made the Preamble ( Muqadimmah) to the Malaysian Constitution. There are seven compelling reasons for suggesting this.

One, the objectives of the Rukunegara are linked to values which are perennial — values such as unity, justice and freedom. Preambles of most constitutions embody this timeless quality since they are meant to serve people beyond the present.

Two, the objectives and the principles of the Rukunegara are inclusive. They transcend gender, ethnicity, religion and region. This is what makes the Rukunegara, potentially, a force for unity in a diverse society.

Three, the Rukunegara commands a high degree of legitimacy. All its principles and objectives resonate with the vast majority of Malaysians. This includes the belief in God, on the one hand, and the commitment to a democratic way of life, on the other. Besides, this national philosophy or ideology as it has been dubbed was produced by a National Consultative Council— albeit operating under Emergency Rule — which represented a wide cross-section of society. All religious groups had seats in the Council. Both labour and business were included. All major political parties from the government and the opposition with the exception of one participated in the NCC under the chairmanship of Tun Abdul Razak. It is equally significant that the Rukunegara was proclaimed to the nation by the Yang di Pertuan Agong himself on 31st August 1970.

Four, given its legitimacy, its inclusiveness and its timelessness, the Rukunegara should now be endowed with the force of law. Only then will the courts be able to bestow it with meaning and substance. Though some judges have over the decades alluded to the Rukunegara in their judgements, it has no role in the adjudication process.

Five, since perceptions of state and society have become more and more polarised in recent years, it would make sense to bring back to the centre a philosophy which has the capacity to draw people together. There is no reason why Malaysians of different backgrounds and persuasions should not rally around a set of objectives and principles like the Rukunegara.

Six, the elevation of the Rukunegara has become imperative partly because of the sometimes subtle push by sections of the Muslim populace for laws and policies that reflect their own particularistic interpretation of Islam which does not always represent the essence of the faith and its practice. Because this tendency is getting stronger, we have to empower a philosophy which is all-embracing and yet resonates with Islamic values and aspirations. The Panca Sila, the guiding principles of the Indonesian state which has many parallels to the Rukunegara, and is deeply rooted in the psyche of the people has undoubtedly played an effective role in checking bigotry and dogmatism in the world’s largest Muslim nation.

Seven, as against the bigotry of some Muslim groups, there is the other trend associated with a segment of the non-Muslim citizenry that in the name of hidebound secularism seeks to deny religion any role at all in the public square. In a society where Islam has been a fundamental factor in shaping the identity of the majority of the people, it is naïve to try to marginalise the religion when addressing societal concerns. It is how Islam is understood and practised that is the critical challenge. The Rukunegara at least attempts through its first principle, the belief in God, to articulate a universal vision of faith that transcends religious boundaries which is reinforced in its fifth principle by a notion of good behaviour and morality that is not confined to a specific community.

The quest to make the Rukunegara the Preamble of the Malaysian Constitution has a long history behind it. In early 1971, the late Professor Syed Hussein Alatas, in an essay entitled, “The Rukunegara and the Return to Democracy in Malaysia” (Pacific Community Volume 2, Nos 1-4, Tokyo) argued that the Rukunegara could fulfil the function of a preamble. “It can be considered”, he wrote, “as an appropriate introduction to the Constitution. It reflects the predominant trend in the political and philosophical thinking of the nation.” It is interesting that he also observed “that the late Dato Onn bin Ja’afar, the founder president of the United Malays National Organization (UMNO), the first major political leader that emerged from post-war Malaya, lamented to me privately that the Constitution did not contain a preamble.”

After the Rukunegara was inaugurated as the nation’s philosophy in August 1970, Tun Razak and his Deputy, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, gave some emphasis to the document through schools and the media. On their demise in the mid-seventies, Prime Minister Tun Hussein Onn and one of his key Ministers, Tun Muhammad Ghazali Shafie, continued to champion the Rukunegara. It was from the eighties onwards that the national philosophy began to recede into the background. In 2005 and 2006, there was a brief effort to revive the document but it did not take off.

From the early eighties, a handful of us — civil society activists and academics — tried to keep the Rukunegara alive through our writings and via seminars and forums. The Rukunegara’s objectives and principles were used as yardsticks to measure the performance of the powers-that-be. Our modest endeavours did not make a dent.

Now some of us are once again seeking to raise the status and role of the Rukunegara. In the midst of the new challenges that have surfaced, making the Rukunegara the preamble to the Constitution will give it the weight and value it deserves. It will be so much easier for the citizen to insist that those who wield power and authority should through deeds prove that they are genuinely committed to the objectives and principles of the Rukunegara.

Image source: astroawani.com

Bahasa Malaysia

Rukunegara seharusnya dijadikan mukadimah dalam perlembagaan Malaysia. Terdapat tujuh sebab yang kukuh atas cadangan ini.

Pertamanya, objektif Rukunegara adalah berkait rapat dengan nilai-nilai abadi— nilai-nilai seperti perpaduan, keadilan dan kebebasan. Mukadimah dalam kebanyakan perlembagaan menzahirkan kualiti yang merentasi masa kerana ia bukan sahaja untuk masyarakat hari ini malah untuk masa hadapan.

Kedua, objektif dan prinsip Rukunegara adalah bersifat inklusif yakni menyeluruh. Rukunegara tidak terbatas pada jantina, kaum, agama dan lokasi geografi. Inilah faktor yang menjadikan Rukunegara, berpotensi untuk mewujudkan perpaduan dalam kepelbagaian masyarakat di Malaysia.

Ketiga, Rukunegara memiliki kesahihan  yang tinggi dan tersendiri. Keseluruhan prinsip dan objektif Rukunegara adalah serasi dengan sentimen majoriti rakyat Malaysia. Ini termasuklah prinsip pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, dan juga objektifnya yang memberi penekanan terhadap cara hidup yang demokratik. Selain itu, filosofi kebangsaan ataupun ideologi atau apa jua gelaran terhadap Rukunegara ini, ia telah dirangka oleh Majlis Perundingan Negara— yang beroperasi ketika Perisytiharan Darurat— dimana mereka ini mewakili pelbagai lapisan masyarakat ketika itu. Ketika itu, setiap  agama, wakil buruh dan ahli perniagaan, parti politik daripada kerajaan dan pembangkang (kecuali sebuah parti ) telah terlibat dalam Majlis Perundingan Negara yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Kesahihan Rukunegara dikukuhkan lagi oleh perisytiharannya oleh Yang Dipertuan Agong pada 31 Ogos 1970.

Keempat, Rukunegara yang sahih, menyeluruh dan merentasi masa ini harus diperkukuhkan lagi dengan ditabalkan sebagai undang-undang. Hanya selepas itu mahkamah boleh memberi makna dan isi terhadap Rukunegara. Walaupun dalam beberapa dasawarsa kebelakangan ini terdapat segelintir hakim yang cuba mengutarakan nilai Rukunegara dalam penghakiman mereka, ia tidak diguna pakai dalam proses pengadilan.

Kelima, tatkala, persepsi negara dan masyarakat dilihat sudah menjadi semakin bercanggah dewasa ini, adalah wajar untuk kita kembalikan semula falsafah teras yang mampu untuk mengikat kembali perpaduan masyarakat. Tiada alasan kenapa rakyat Malaysia yang berbeza latar belakang dan kepercayaan tidak dapat bersatu melalui objektif dan prinsip yang mantap seperti Rukunegara.

Keenam, peningkatan darjat Rukunegara telah menjadi lebih penting kerana oleh desakan sebahagian masyarakat Muslim untuk undang-undang dan dasar-dasar yang mencerminkan tafsiran sempit mereka terhadap agama—tafsiran yang tidak semestinya mewakili intipati Islam. Oleh kerana kecenderungan yang semakin kuat ini, kita perlu memperkasakan sebuah falsafah yang komprehensif dan pada masa yang sama sebati dengan nilai dan aspirasi Islam.  Panca Sila, prinsip panduan yang diamalkan di negara Indonesia mempunyai banyak persamaan dengan Rukunegara, dan telah lama berakar umbi dalam jiwa rakyat Indonesia telah memainkan peranan yang besar dalam mencegah ketaksuban dan dogmatik di negara Islam terbesar di dunia itu.

Ketujuh, dalam menentang beberapa kumpulan Islam yang fanatik terdapat satu trend lain yang berkaitan dengan segelintir masyarakat bukan Islam iaitu fahaman sekular yang cuba untuk menafikan peranan agama dalam masyarakat. Dalam sebuah masyarakat di mana Islam telah menjadi faktor asas dalam membentuk identiti majoriti masyarakat, adalah naif untuk cuba meminggirkan agama dalam menangani cabarab-cabaran kemasyarakatan. Isu sebenarnya ialah bagaimana Islam difahami dan diamalkan. Prinsip pertama Rukunegara, Kepercayaan Kepada Tuhan menyatakan dengan jelas visi universal tentang agama yang merentasi sempadan agama dan diperkukuh lagi dalam prinsip kelima Rukunegara, Kesopanan dan Kesusilaan yang tidak terhad kepada penganut agama tertentu.

Terdapat sejarah dalam usaha untuk menjadikan Rukunegara sebagai mukadimah kepada Perlembagaan Malaysia. Pada awal tahun 1971, Allahyarham Profesor Syed Hussein Alatas, dalam eseinya yang bertajuk “The Rukunegara and the Return to Democracy in Malaysia” (Pacific Community Volume 2, Nos 1-4, Tokyo) berhujah bahawa Rukunegara dapat memenuhi fungsinya sebagai mukadimah. “Ia boleh dipertimbangkan”, beliau menulis. “sebagai pengenalan yang sesuai kepada Perlembagaan. Ia mencerminkan trend utama dalam pemikiran politik dan falsafah negara”. Beliau juga menyatakan dalam eseinya bahawa “Allahyarham Dato Onn bin Ja’afar, pengasas dan presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), pemimpin politik pertama yang muncul selepas perang Malaya mengeluh kepada saya secara peribadi bahawa Perlembagaan kita tidak mempunyai mukadimah,”katanya

Selepas Rukunegara dirasmikan sebagai falsafah negara pada bulan Ogos 1970, Tun Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman memberi beberapa penekanan kepada dokumen itu melalui sekolah dan media. Pada pertengahan dasawarsa tujuh puluhan, selepas kematian Tun Razak dan Tun Dr Ismail, Perdana Menteri ketiga Tun Hussein Onn dan salah seorang menteri utamanya, Tun Muhammad Ghazali Shafie terus memperjuangkan Rukunegara. Bermula pada tahun lapan puluhan falsafah negara ini sudah mula kurang diperjuangkan. Pada tahun 2005 dan 2006, ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, terdapat usaha untuk menghidupkan semula falsafah ini tetapi ia tidak tercapai.

Sejak awal 80-an, sebahagian daripada kami—aktivis sosial dan ahli akademik—telah berusaha untuk memastikan Rukunegara terus hidup melalui penulisan, seminar dan forum. Objektif dan prinsip Rukunegara telah dijadikan kayu ukur untuk menilai keberkesanan dasardasar pemerintah. Walau bagaimanapun, usaha yang dijalankan oleh kami ketika itu tidak mampu menghasilkan sebarang impak.

Kini, sekali lagi, kami berusaha untuk memartabatkan status dan peranan Rukunegara. Dalam arus cabaran yang pelbagai pada masa kini, menjadikan Rukunegara sebagai mukadimah perlembagan akan memperkasakan nilai Rukunegara. Ini akan memudahkan keupayaan warga Malaysia untuk memastikan bahawa mereka yang berkuasa dan berautoriti membuktikan bahawa mereka komited terhadap objektif dan prinsip-prinsip Rukunegara melalui amalan-amalan mereka.

Sumber Gambar: astroawani.com

Recent Posts